Thursday 10 November 2011

JURURAWAT MENJADI JUTAWAN

Okeh..ini mungkin isu lama..tapi ini lah sebenarnya yg berlaku..jarang sekali kita dengar jururawat menjadi jutawan...

Seorang jururawat yang telah memenangi wang tunai sebanyak sejuta pound sterling memalui rancangan realiti The Vault telah memutuskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berhenti daripada menjadi jururawat walaupun gaji jururawat hanya lah 25,000 pound sterling setahun.
Karen Shand yang bertugas di Hospital Kirkcaldy, Scotland itu telah memenangi wang tunai sejumlah itu apabila berjaya menjawab 6 soalan dengan betul dan beliau adalah orang yang pertama mencapai kemenangan setinggi itu melalui rancangan tersebut.
Jururawat yang berusia 40 tahun itu berkata bahawa wang sebanyak itu mungkin akan mengubah hidupnya tapi tidak sesekali akan mengubah siapa dirinya.
Bukan senang nak jadi murni macam dia ni..duit dah berkoyan pun still lagi nak berkhidmat untuk masyarakat..utk jururawat2 di luar sana,contohilah minah ni even korg dah kaya raya gaban..      

No comments:

Post a Comment